Tentang GPS
GPS Travel Sdn Bhd telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1049456-W) pada 1 April 2015. Tujuan penubuhan adalah untuk memajukan sektor pelancongan negara serta memberikan produk dan pengalaman yang terbaik kepada semua pelanggan. Setiap perjalanan diuruskan oleh kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi. Pakej yang disediakan adalah Pakej Percutian, Umrah dalam dan luar negara serta perkhidmatan tempahan tiket penerbangan dan permohonan visa.
MOTAC : KLN 9235
Lesen Khas Umrah : IU0312
Visi Syarikat
Menerajui pengembaraan dan pelancongan domestik dan antarabangsa serta pemain serantau yang diiktiraf dalam industri pelancongan
Misi Syarikat
Menitikberatkan ilmu, penyucian jiwa serta pengisian rohani dalam pelaksanaan Ibadah Haji, Umrah serta Ziarah Non Muslim
Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti sesuai dengan permintaan pelanggan
Memberi keutamaan kepada keselesaan pelanggan
Menyediakan pakej yang berpatutan
Dasar Kualiti
GPS Travel Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menjunjung nilai-nilai integriti, melalui Sistem Pengurusan yang efektif dan syarikat beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan produk yang berkualiti dengan penambahbaikan secara berterusan